Dapat ilmu lupa RM10

0
61



Melaka: “Jika kami empat beradik dapat hadir penuh 30 hari ke Bengkel Kem Solat Tarawih sepanjang Ramadan ini dapatlah RM1,200. Duit itu boleh digunakan untuk bantu keluarga dan nenek membuat persiapan Aidilfitri.

“Namun selepas dua hari mengikuti bengkel pengisian Ramadan ini, kami semakin seronok dengan pelbagai ilmu dipelajari sehingga terlupa mengenai RM10 itu,” kata Muhd Naqiuddin Nazri, 14.

Remaja berkenaan bersama tiga adiknya, Muhammad Nashihin, 12, Muhammad Amin Nasrullah, 11, dan Muhammad Naqib Solihin, 10, antara 156 kanak-kanak dan remaja berusia bawah 15 tahun yang mengikuti kem solat Tarawih di Surau Muhammad Al-Waaliyyah, Pulau Gadong, di sini, sejak malam pertama Ramadan Jumaat lalu.

Sebagai dorongan untuk terus menghadiri kem berkenaan sehingga ke penghujung Ramadan, pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Klebang Besar memberikan sumbangan RM10 sehari.

Namun, peserta disyaratkan menyertai program fardu ain, pengetahuan asas Islam dan tadarus al-Quran selepas selesai solat Tarawih selama kira-kira 15 minit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here