Dari selekeh ke segak, Macaulay Culkin kembali tawan perhatian dunia seni

0
45

BEKAS pelakon kanak-kanak yang popular dengan filem Home Alone, Macaulay Culkin yang sebelum ini kelihatan selekeh, kurus dan tidak terurus kini mengejutkan ramai dengan penampilan baharunya yang nampak lebih segak.

Menurut Daily Mail, foto yang dirakamkan agensi berita SplashNews ketika Culkin sedang keluar untuk makan malam itu memperlihatkan susuk tubuh Culkin yang lebih sihat.

Foto itu mendapat sambutan netizen yang rata-ratanya gembira melihat perubahan positif Culkin yang berpenampilan lebih kacak kini.

Culkin, 36, dijangka akan muncul di dalam filem berjudul Changeland iaitu filem pertama beliau selepas hampir 10 tahun tidak aktif di dalam industri seni.

Changeland akang menggandingkan Culkin bersama pelakon Brenda Song.

Culkin sebelum ini bergelut dengan pelbagai kontroversi peribadi antaranya melibatkan hal dalaman keluarga, isu harta, masalah penyalahgunaan dadah, selain pernah dikaitkan dengan perangkap ketagihan alkohol.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here