Dasar hutang negara perlu dikaji semula – Ramon Navaratnam

0
464
Advertisement

KUALA LUMPUR: Dasar hutang negara perlu dikaji semula, disemak dan dipantau dengan lebih teliti untuk mengelakkan kesilapan seperti masa lalu, menurut Pusat Kajian Dasar Awam Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI).

Ketika membuat cadangan itu, pengerusi ASLI, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata ini harus dilakukan untuk mengelakkan negara daripada terjerumus menanggung hutang yang lebih besar.

“Dasar hutang yang baharu perlu diwujudkan yang bersifat komprehensif dan telus untuk rakyat menghargai dan meluluskannya,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) mengumumkan bahawa hutang dan liabiliti yang ditanggung Kerajaan Persekutuan setakat 31 Dis, 2017 adalah berjumlah RM1.087 trilion.

Beliau berkata pendedahan mengenai hutang negara adalah berdasarkan kepada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban dan menunjukkan langkah ke arah integriti yang lebih tinggi dan tadbir urus yang lebih baik.

“Kita berharap kerajaan Pakatan Harapan akan melaksanakan komitmen tinggi ini ke arah mewujudkan tadbir urus yang baik secara berterusan dan konsisten pada masa akan datang.

“Jika tidak, kerajaan Pakatan Harapan juga akan menghadapi kritikan keras seperti terbukti berdasarkan reaksi keras terhadap prestasi buruk kerajaan Barisan Nasional yang bersikap tidak ambil peduli terhadap prinsip tadbir urus yang baik,” kata beliau.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here