Datuk Farid Kamil didakwa lagi…

0
300
Advertisement

PETALING JAYA: Selepas menghadapi lima pertuduhan, pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Farid Kamil sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tuduhan membuat laporan polis palsu kononnya tiga rakan artis meletakkan dadah ke dalam minumannya.

Farid Kamil Zahari, 37, bagaimana pun mengaku tidak bersalah.

Berdasarkan pertuduhan, beliau didakwa memberi keterangan  dengan memasukkan palsu dan tidak benar bersabit laporan polis Damansara Report yang mana laporan itu boleh digunakan dalam prosiding jenayah dan diambil pertimbangan oleh pegawai polis berkenaan.

Kesalahan itu dilakukan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, jam 5.54 petang pada 31 Januari lalu.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, suami kepada pelakon, Diana Danielle itu berdepan dengan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda.

Majistret Salamiah salleh membenarkan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 7 Mei untuk sebutan semula kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here