Datuk K maafkan penyebar gambar anaknya

0
127
Advertisement

KUALA LUMPUR: Suami penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K memaafkan individu yang menyebarkan gambar anaknya di media sosial.

Memetik Kosmo!, Datuk K mahu melupakan perkara lalu kerana memahami keadaan peminat yang teruja dengan kelahiran anaknya, Fatimah Az-Zahra sehingga berbuat demikian.

“Memang sedih juga pada awalnya, tetapi, perkara sudah berlaku dan kehidupun perlu diteruskan. Lagipun saya sangat memahami mengapa mereka berbuat demikian.

BACA: Siti Nurhaliza kongsi gambar bersama puteri sulung

BACA: ‘Menangis pun merdu’ – Video tangisan baby girl Siti raih hampir 1.2 juta tontonan

Sikap memaafkan itu juga dibuat kerana memikirkan peminat Siti Nurhaliza yang sentiasa memberi sokongan dan doa agar isterinya mendapat cahaya mata.

“Sejak Siti berkahwin dengan saya, peminat juga yang tidak putus-putus berdoa supaya Siti cepat menerima zuriat.

“Jadi, saya faham, mereka juga mahu berkongsi kegembiraan yang turut dirasai oleh kami,” katanya lagi.

Siti Nurhaliza melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama sementara, Fatimah Az-Zahra pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, hasrat mereka sekeluarga untuk mengumumkan nama dan wajah puteri kesayangan itu selepas seminggu dilahirkan terbantut apabila seorang individu bertindak menyebarkan gambar bayi pasangan itu di media sosial.

Tindakan wanita itu bukan sahaja mengecewakan mereka, malah, turut dikecam peminat dan netizen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here