Datuk Seri Vida temui 'lelaki idaman'

0
57

PENGASAS produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Vida mendedahkan beliau telah bertemu seorang lelaki kacak yang “sanggup datang dari jauh” ke rumahnya di Ipoh, Perak.

Menurut laporan portal mStar, Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman menjelaskan, pertama kali bertemu lelaki Eropah berusia awal tiga 30-an itu pada Aidilfitri baru-baru ini.

“Kami sudah mengenali satu sama lain beberapa bulan. Sebelum ini kami hanya bercakap di telefon, tetapi Hari Raya ini saya menjemputnya untuk datang meraikan di rumah saya,” dia dipetik berkata.

Vida berkata, lelaki itu mempunyai semua kriteria calon suami idamannya.

“Dia mempunyai segala-galanya… kacak, mata kelabu, rambut perang, muda, bergaya dan seorang ahli perniagaan. Saya fikir dia adalah setanding dengan David Beckham,” katanya.

Walau bagaimanapun, Vida menjelaskan buat masa ini mereka masih mengenali satu sama lain.

“Saya enggan tergesa-gesa kerana saya masih trauma dari perkahwinan terakhir saya yang tidak bertahan lama,” terangnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here