David Beckham datang Malaysia!

0
23

BEKAS pemain Manchester United (MU), David Beckham akan akan berkunjung ke Kuala Lumpur pada 22 September ini.

Syarikat insurans, AIA Malaysia mengumumkan bakal menerbangkan personaliti bola sepak berpengaruh dunia itu ke Kuala Lumpur sempena program eksklusif AIA Vitality Wellness Festival.

“Mulai minggu ini, lengkapkan tugasan penjagaan kesihatan atau senaman #BeBetter untuk memenangi pelbagai hadiah dan peluang bertemu Duta Global AIA, David Beckham,” kata penganjur dalam laman Facebook rasmi AIA Malaysia.

Kenyataan itu hanya menyebut Beckham akan berada di Kuala Lumpur pada 22 September. Ia tidak menyatakan lokasi atau butiran acara bakal dihadiri Beckham.

Mac lalu, suami kepada Victoria atau Posh Spice itu dilantik sebagai Duta Global AIA.

Ia bukan kunjungan pertama Beckham ke Kuala Lumpur. Pada November 2014, beliau menghadiri sambutan ulang tahun jam jenama mewah di Pavilion.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: FB AIA Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here