David Blaine dituduh rogol bekas model

0
207
Advertisement
AHLI silap mata terkenal David Blaine berdepan tuduhan merogol seorang bekas model British di kediaman peribadinya di London.

Natasha Prince, 32, mendakwa dia dirogol David di Chelsea pada 2004 ketika usianya 21 tahun.

Natasha Prince mendakwa dirinya dirogol David di Chelsea selepas beberapa bulan ulang tahun hari lahir yang ke-21 pada tahun 2004.
Natasha mendakwa dia khayal selepas minum vodka dan soda yang diberikan Blaine, lapor Daily Beast.

“Saya masih ingat ketika saya dinodai dan semuanya bergerak perlahan. Saya cuba untuk mengingati dan memikirkan kembali apa yang berlaku,” ujarnya.

Semalam, siasatan polis mengesahkan siasatan sedang dijalankan berhubung dakwaan rogol pada tahun 2004 itu, namun tiada tangkapan dibuat setakat ini.

David diminta memberi keterangan di Britain.

Peguam bela Blaine, Marty Singer berkata kliennya menafikan dakwaan rogol atau apa juga serangan secara seksual terhadap mana-mana wanita, terutamanya dakwaan pada tahun 2004 itu.

“Klien saya akan bekerjasama dengan siasatan pihak polis kerana tiada apa untuk disembunyikan,” katanya.

Natasha yang merupakan bekas model majalah Vogue itu mendedahkan dakwaan tersebut kepada media susulan kes gangguan seksual membabitkan penerbit filem Harvey Weinstein.

Natasha pertama kali bertemu David di sebuah kelab malam di Knightsbridge dan dipelawa ke rumah rakan Blaine malam berikutnya.

Natasha membuat laporan polis pada 17 November tahun lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here