DBKK juarai temasya SKTS ke-11

0
77



Penampang: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menjuarai Sukan Kerajaan Tempatan Sabah (SKTS) ke-11 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, baru-baru ini.

DBKK diketuai Ketua Pengarah DBKK Datuk Joannes Solidau, memenangi lima daripada 13 acara sukan dipertandingkan iaitu futsal wanita, sepak takraw, dart serta bowling lelaki dan wanita.

Bagi kategori jemputan orang kenamaan boling padang, acara itu dimenangi Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Majlis Daerah Lahad Datu Iman Ali.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Mohd Noor menyampaikan hadiah kepada pemenang pada Majlis Penutupan SKTS ke-11 di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang.

Acara dipertandingkan adalah bola sepak, futsal, badminton, sepak takraw, boling padang, bowling, dart, ping pong, bola tampar, bola jaring, bola keranjang, golf dan tarik tali.

Kejohanan disertai pelbagai jabatan dan majlis daerah seluruh negeri itu yang dibahagikan kepada 10 zon.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here