DCA diminta sedia SOP tatacara temuduga krew penerbangan

0
112



KUALA LUMPUR: Jabatan Penerbangan Awam diminta menyediakan prosedur operasi standard (SOP) berhubung tatacara temu duga pengambilan anak kapal atau kru kabin penerbangan yang boleh digunapakai oleh semua syarikat penerbangan.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, keputusan tersebut berikutan hasil mesyuarat kementerian itu, Jabatan Sumber Manusia (JSM) dan beberapa wakil syarikat penerbangan termasuk Malindo Air, Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia 7 April lalu.

Beliau berkata demikian ketika sesi menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja pada Persidangan Dewan Negara hari ini.

Mac lalu, media melaporkan kononnya pegawai Malindo Air mengarahkan calon membuka pakaian semasa sesi temu duga bagi jawatan kru kabin untuk memastikan tiada tanda (parut) pada tubuh.

Syarikat penerbangan itu bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan dan menyatakan SOP dikendalikan secara persendirian oleh penyelia wanita dengan cara yang profesional. — BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here