Dedah nama anak, Hafiz Suip buka IG Riyadh Zafri

0
99
Advertisement

SAMA seperti selebriti lain, penyanyi Hafiz Suip juga tidak ketinggalan membuka akaun Instagram (IG) khas buat bayi sulungnya, Muhammad Riyadh Zafri.
 
Akaun yang menggunakan nama @riyadhzafri yang baru sahaja dibuka beberapa hari lalu itu ditetapkan mengikut mood privasi.
 
Bagaimanapun jumlah pengikut IG berkenaan semakin bertambah dari masa ke semasa.
 
Dalam pada itu, Hafiz juga kerap diusik peminat selepas bergelar bapa kepada Riyadh Zafri yang dilahirkan pada 31 Disember lalu.
 
Lebih-lebih lagi apabila Hafiz memuat naik satu foto yang menunjukkan wajahnya seakan-akan tidak cukup tidur di Instagram(IG)nya baru-baru ini.
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here