Demi cinta agung, warga emas sanggup redah ribut salji untuk beli hadiah isteri

0
77
Advertisement

SHANGHAI: Demi cinta, lautan api sanggup ku redah.

Perumpamaan itu juga menggambarkan kesanggupan seorang pekerja migran di China yang sanggup menempuh ‘onak duri’ demi cintanya terhadap si isteri.

Lelaki berusia 60 tahun dari wilayah Henan di tengah China sanggup berjalan sejauh 40 kilometer selepas terminal bas ditutup susulan ribut salji yang melanda Shanghai minggu lalu, lapor media tempatan.

Zhao Fangzi, pekerja di sebuah tapak pembinaan di Shanghai, perlu memilih sama ada mengambil teksi atau berjalan kaki untuk pulang ke kampungnya Jumaat lepas sempena musim perayaan tidak lama lagi.

Zhao anehnya memilih untuk berjalan kaki.

Alasan Zhao berbuat demikian ialah dia dapat berjimat sebanyak 200 yuan (kira-kira RM123) untuk hadiah isterinya sempena Tahun Baru Cina.

Malah lebih hebat lagi, dia melakukannya dengan menggendong semua barang miliknya termasuk kipas elektrik dan gebar selesa.

“Tak adalah sejuk sangat. Lagi lama saya berjalan, semakin hangat saya rasa.”

Bagi Zhao, dengan gaji hanya 2,000 yuan (kira-kira RM1,230) sebulan, dia tidak mampu untuk membelanjakan wang sewenang-wenangnya.

Memandangkan usianya yang lanjut serta kesukaran mencari kerja, Zhao berhasrat untuk menetap terus di kampungnya di Henan dan tidak kembali lagi ke Shanghai walaupun majikan masih berhutang gaji dengannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here