Dengan sekali lafaz, penjaga gol sah milik Rody Kristal

0
138
Advertisement

GITARIS kumpulan Kristal, Rody selamat bergelar suami kepada penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan, Nur Izwani Azman atau lebih dikenali sebagai Niena.

Menerusi entri di Instagram (IG), Rody meluahkan rasa syukur dan lega kerana majlis tersebut berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah, hari ini hari bersejarah buat hidupku kerana dengan sekali lafaz, aku telah menjadi suami @niena_azmann.

“Buat isteri yang tercinta, Insya-Allah saya akan jaga dan bimbing sayang,” tulisnya.

Difahamkan masjlis tersebut dilakukan secara tertutup di kediaman keluarga Niena di Kulai, Johor malam semalam dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga serta rakan-rakan terdekat mereka.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan mereka agar tabah menempuhi dugaan dalam hidup berumah tangga serta mendapat anak yang comel kelak.

Pasangan ini berkenalan selama enam bulan sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.

Uniknya, Rody melamar Niena hanya melalui akaun Instagram sebelum mereka mengikat tali pertunangan pada 4 November tahun lalu.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here