Dengar playlist artis kegemaran anda untuk terima jemputan ke AME 2018

0
34
Advertisement

PASTI ramai yang tidak sabar untuk tonton Anugerah Meletop Era 2018 yang akan bersiaran lansung di Axiata Bukit Jalil pada 8 April ini.

Secara umum, sebelum berlakunya sesuatu anugerah, satu persembahan showcase akan diadakan. Begitu juga untuk AME 2018.

Seramai 14 artis bakal menghiburkan anda di showcase AME 2018. Antaranya Naim Daniel, As’ad Motawh, Syafiq Farhain, Fara Hezel, Irfan Harris, Projector Band dan ramai lagi.

Bagi anda yang ingin menonton persembahan mereka secara langsung, apa yang anda perlu lakukan adalah dengarkan playlist mereka di platform Raku.

Lebih lama anda luangkan masa mendengar playlist artis kesayangan anda, lebih besar peluang untuk menghadirkan diri ke AME 2018.

Bagi yang ingin mendengarkan playlist ini, anda boleh mendengarkannya menerusi aplikasi Raku.

Anda juga boleh muat turun aplikasi Raku di AppStore atau Google Play Store secara percuma di telefon pintar anda.

AME bakal berlangsung pada Ahad, 8 April 2018 di Axiata Arena, Bukit Jalil selain dipancarkan terus di saluran Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123) dan Astro Maya HD (134).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here