Dermaga Valongo, Brazil diiktiraf Tapak Warisan Dunia

0
58


WARSAW: Dermaga Valongo di Rio de Janeiro yang menjadi pintu masuk pelarian pertama ke Brazil dipilih sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Pemilihan itu dibuat dalam mesyuarat UNESCO di Krakow, Poland, bagi memperingati fungsi dermaga itu sebagai laluan masuk kira-kira 900,000 warga Afrika yang dibawa oleh pedagang hamba sejak 1811.

“Dermaga yang diperbuat daripada batu itu adalah bukti fizikal yang penting bagi membuktikan kemasukan hamba Afrika ke benua Amerika,” kata UNESCO dalam laman webnya.

Bagi Valongo pula, pengiktirafan itu menjadikan ia kembar dengan sebuah pulau kecil berhampiran pelabuhan Darkar, iaitu Ile de Goree yang dipilih sebagai simbol tapak pelepasan hamba dari Afrika Barat ke Amerika.

“Valongo berhak menerima pengiktirafan itu seperti Auschwitz dan Hiroshima supaya kita dapat mengenang semula mereka yang sudah menjadi sejarah dan tidak melupakannya,” kata Ketua Institut Warisan Kebangsaan Brazil yang juga ahli sejarah, Katia Bogea kepada jawatankuasa UNESCO. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here