Deschamps lega pemain 'lepas' jumpa Belgium

0
17
Advertisement



ST PETERSBURG, Russia: Jurulatih Perancis, Didier Deschamps lega apabila tiada seorang pun pemainnya berdepan penggantungan selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Uruguay di peringkat suku akhir Piala Dunia, sebentar tadi.

Selepas Antoine Griezmann meledak gol kedua Perancis, Kylian Mbappe terbabit insiden dengan pemain Uruguay, Christian Rodriguez yang menyebabkan pemain muda itu terbaring dan mengakibatkan pergeseran membabitkan kedua-dua pasukan.

Ketika situasi berpotensi untuk menjadi lebih panas, Deschamps memanggil pemain tengahnya, Paul Pogba dan memberinya nasihat ketika Mbappe dan Rodriguez dilayangkan kad kuning.

“Mengenai Paul, apabila situasi menjadi lebih panas, dan perlu diingatkan yang dia sudah memperoleh kad kuning. Saya tidak mahu dia hilang sabar dan dilayangkan kad atas perkara yang tidak sepatutnya,” kata Deschamps ketika sidang media selepas perlawanan.

“Ia apa yang saya katakan pemain semua pemain. Jika kamu layak dan mereka mendapat kad kuning… bukan disebabkan oleh kesalahan tetapi kerana gerak badan, sikap, kerana kata-kata yang mereka ucapkan, ia langsung tidak perlu.

“Kamu boleh bercakap kepada pengadil tetapi kamu tidak boleh menjadi terlalu provokatif dan kamu juga tidak boleh kalah terhadap provokasi pihak lawan. Saya sudah pasti tidak mahu dia dilayangkan satu lagi kad kuning.”

Pogba antara pemain Perancis yang sudah memiliki kad kuning dan berisiko untuk berdepan penggantungan satu perlawanan sekiranya dilayangkan satu lagi kad.

“Kami mempunyai ruang untuk bertambah baik,” katanya.

“Tetapi sebagai pemain muda bukanlah satu kelemahan. Kamu dapat melihatnya pada babak kedua. Ada beberapa kekecohan tetapi kami berjaya mengawalnya.

“Enam pemain saya mempunyai kad kuning, dan kini semuanya boleh bermain pada perlawanan berikutnya, dan ia adalah menakjubkan,” kata Deschamps.

Mengulas perlawanan dengan Uruguay, Deschamps mengakui skuad kendaliannya sudah mengetahui kelemahan lawan dan berlatih untuk memanfaatkannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here