Di ambang penceraian? Ahok kembali dapat liputan sensasi media Indonesia

0
93
Advertisement

JAKARTA: Bekas gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok, kembali menjadi liputan utama media Indonesia apabila dilapor memfailkan petisyen penceraian terhadap isterinya, Veronica Tan.

Media dalam talian di Indonesia melaporkan Ahok menfailkan petisyen itu pada 5 Jan lepas di Mahkamah Daerah Jakarta Utara.Beliau turut menfailkan tuntutan penjagaan terhadap anak-anak mereka – Nicholas Sean, 20, Nathania Berniece, 17 dan Daud Albeenner, 12 tahun.

Petisyen penceraian itu pada mulanya tersebar di media sosial, sebelum peguamnya Josefina Agatha Syukur hari ini mengesahkan perkara itu.Josefina enggan mengulas punca petisyen pasangan yang berkahwin pada 6 Sept 1997 itu.

Ahok, 51, sebelum ini mendapat liputan utama media Indonesia apabila dikaitkan dengan penistaan agama Islam sebelum didapati bersalah pada Mei tahun lepas.

Kini beliau menjalani hukuman penjara dua tahun di Mako Brimob, Kelapa Dua, Depok.– BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here