'Dia akan bersama kami di Singapura'

0
220
Advertisement



BINTANG tengah Mesut Ozil akan menyertai skuad Arsenal bagi jelajah pra-musim di Singapura, kata pengurus baharu kelab itu, Unai Emery.

Berikutan penyingkiran awal mengejut Jerman di Piala Dunia, Ozil masih menikmati percutian dan belum menyertai latihan pra-musim dengan Emery hanya dapat menemui pemainnya yang tidak terbabit dalam kempen di Russia.

Emery yang menggantikan Arsene Wenger memulakan tugas pertamanya bersama kelab dari London itu dengan kemenangan 8-0 ke atas kelab bukan liga, Boreham Wood, Sabtu lalu dengan pembelian baharu, Sokratis Papastathopoulos dan Matteo Guendouzi turut beraksi.

Selain Ozil, pengurus kelahiran Sepanyol itu turut mengesahkan pemain Mesir, Mohamed Elneny, tonggak Nigeria, Alex Iwobi di mana pasukan mereka tersingkir awal di peringkat kumpulan Piala Dunia turut terbabit sepenuhnya dengan jelajah di negara Asia Tenggara itu.

“Sama buat semua pemain,” kata Emery. “Mereka memperoleh percutian yang sama. Saya mengenali Iwobi, Elneny dan Mesut Ozil. Dia akan bersama kami di Singapura sejak hari pertama.”

Arsenal akan bermain menentang bekas kelab Emery, Paris Saint-Germain, penyandang juara Liga Europa, Atletico Madrid dalam saingan Piala Juara-Juara Antarabangsa di Singapura.

Ozil, 29 berdepan kritikan hebat susulan selepas tampil dengan prestasi longlai di Piala Dunia yang menyaksikan juara 2014, Jerman menamatkan kempen di tangga tercorot peringkat kumpulan.

Tetapi Emery yang ditemui sebelum ini berkata Ozil tetap pemain yang amat penting buat skuad kendaliannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here