"Dia mak kau, nak cari mak lain ke?" – Netizen keliru marah Ismail Izzani

0
538
Advertisement
PERKONGSIAN penyanyi muda Ismail Izzani di ruangan Twitternya mengundang perasaan jelik dalam kalangan netizen.

Menerusi kapsyen Ismail, 17, di Twitter, dia menulis secara ironi tidak akan pernah membohongi ibunya.

“Never cheated on her,” tulis Ismail dalam sekeping foto di karpet merah Anugerah MeleTOP Era (AME2018) baru-baru ini.

Namun, hal itu mencetuskan pelbagai reaksi kurang senang netizen hingga ada yang mengaitkan sikapnya yang curang sebanyak enam kali dengan bekas kekasih. “Memanglah, dia tu mak kau. Kau nak cari mak lain ke?” soal salah seorang netizen secara sarkastik.

Sumber Twitter
 
“Ada ke orang ‘cheated on their own mom’?” soal salah seorang pengguna lain.

“Jangan babitkan ibu anda dalam situasi dengan gadis-gadis lain sebab ibu satu-satunya insan yang akan ada bersama anda,” tambah @_fareenaziz.

Sumber Twitter
  Bagaimanapun, tidak semua netizen menyelar kenyataan yang ditulis Ismail.

“Mungkin adik ini nak bagi kenyataan ‘jangan tipu-tipu mak’,” tulis @KyraCinta.

Sumber Twitter
“Maksudnya dia takkan menipu ibunya dalam usaha untuk tidak melukai hati. Sepatutnya dia tulis ‘have never cheated on her’ atau dia mahu tulis ‘never cheat on her,'” tambah @ainin_farisya.
 

Sumber Twitter
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here