Diana Rafar alami alahan teruk

0
62


PELAKON, Diana Rafar. – Foto Aziah Azmee

KUALA LUMPUR: Hamil anak kedua, pelakon, Diana Rafar mengalami alahan teruk hingga tidak mampu berbuat apa-apa sebaliknya berehat di rumah sepanjang Ramadan dan Syawal yang sudah memasuki hari kesembilan.

Tambah Diana, tawaran banyak pengusaha barangan bayi yang berminat melantik dirinya sebagai duta atau jurucakap produk juga tidak dapat dibincangkan berikutan keadaannya.

“Kehamilan kali ini agak teruk jika dibandingkan ketika saya mengandung anak pertama, Kashfi Haiqal.

“Saya mabuk teruk hingga tak boleh buat apa-apa. Nak keluar rumah pun jadi segan. Saya jadi malas bersiap hingga terpaksa menolak tawaran sesi fotografi… Pendek kata semua jadi tergendala.

“Hilang mood, hendak raya pun tak bersemangat. Hingga sekarang pun saya masih alah.

“Saya harap pengeluar produk bayi yang menghubungi tidak berkecil hati dengan keadaan saya ini. Apabila semua sudah okay, saya harap dapat berurusan semula dengan mereka,” katanya kepada BH Online.

Akui Diana yang kini hamil tujuh bulan, dia pernah dimasukkan ke hospital sebelum Ramadan kerana demam.

“Saya masih ingat lagi, ketika pertama kali mengandung, sebelum bersalin, saya sempat menjalani penggambaran drama Ilusi dengan Ashraf Muslim.

“Ketika itu, saya masih boleh memandu,” katanya.

Pelakon filem Susuk itu berkata, suaminya, Zamarul Hisham, risau dengan keadaan dirinya.

“Kashfi juga berkali-kali tanya bila adik dia nak ‘keluar’… Sampai siap dikira bulanlah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here