Dibunuh sebelum dibakar, mayat pengasuh rentung ditemui di taman

0
144
Advertisement

SEORANG pereka dan pasangannya mengaku bersalah membakar mayat seorang pengasuh warga Perancis.

Bagaimanapun kedua-dua suspek mengaku tidak bersalah atas dakwaan membunuh wanita terbabit.

Mayat itu ditemui dalam keadaan mengerikan di sebuah taman di sebuah rumah di Southfields, barat daya London, pada 20 September tahun lalu.

Polis berdepan kesukaran bagi mengenal pasti identiti mangsa kerana keadaan mayat yang rentung.

Bagaimanapun polis akhirnya berjaya mengesahkan mangsa sebagai Sophie Lionnet, 21 tahun, berasal dari Troyes, timur laut Perancis.

Memetik sumber SkyNews, Suspek Sabrina Kuider, 34, dan pasangannya Oissem Medouni, 40, dari Wimbledon Park Road, Wandsworth, selatan London mengaku membakar mayat wanita malang itu.

Kedua-duanya mengaku bersalah pada sesi pendengaran kes di Mahkamah Old Bailey pada Jumaat terhadap dakwaan cuba melupuskan mayat Lionnet dengan cara membakarnya.

Bagaimanapun kedua dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas dakwaan membunuh pada atau sebelum tarikh mayat itu ditemui.

Kedua dua defendan bakal dibicarakan selama lima minggu bermula 19 Mac depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here