Dier puji ketenangan Southgate

0
12
Advertisement



SKUAD England berlatih buat kali pertama di Russia semalam dengan pemain tengah Eric Dier memuji kemampuan jurulatih Gareth Southgate melindungi pemain daripada bahang kehangatan Piala Dunia.

Sehari selepas tiba di Saint Petersburg, England menjalani latihan pertama berhampiran Zelenogorsk sambil disaksikan ratusan peminat muda yang begitu teruja.

Harry Kane diperkenalkan bersama trofi oleh wanita yang berpakaian tradisional tempatan ketika pengacara memperkenalkan pemain seorang demi seorang kepada kanak-kanak Russia yang bersorak kegembiraan.

Perkara itu dilakukan dalam suasana santai dan ceria, berbeza dengan situasi tegang yang tercetus sebelum kejohanan membabitkan Raheem Sterling.

Sterling dikritik kerana memiliki tatu senapang di kakinya, namun Southgate berkata, pemain tengah itu membuktikan kemampuannya apabila membantu Three Lions melakar kemenangan ketika perlawanan persahabatan ke atas Nigeria.

Kewibawaan pengurus kadangkala diuji apabila wujud suasana tegang dengan isu yang dibangkitkan oleh media England dan reaksi balas yang tidak dijangka daripada orang awam.

“Saya fikir beliau mempunyai caranya tersendiri mengendalikan perkara itu biarpun sedikit mengganggu pemain,” kata Dier.

“Beliau mempunyai cara mengawal ketegangan, mengawal keadaan dalam pasukan dan situasi sukar yang timbul sebelum pertandingan.

“Saya dapat merasai bahawa pemain dalam skuad benar-benar menghargainya dan kami menghormatinya apa yang dilakukan beliau.”

Southgate menegaskan posisi tengah pasukan akan membabitkan saingan antara Dier dan Jordan Henderson apabila England membuka tirai pertandingan menentang Tunisia dalam aksi Kumpulan G Isnin ini.

Bagaimanapun, pemain tidak menunjukkan tanda-tanda ketegangan dalam kalangan mereka.

“Saya tidak mempunyai masalah dengan Eric,” kata Henderson. “Dia seorang pemain yang hebat dan pemain yang menakjubkan. Ia bukan hanya membabitkan saya dan dia untuk merebut tempat. Ia membabitkan keseluruhan pasukan.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here