Diesel mesra alam

0
70



Seramai 120 peserta termasuk wakil media teruja apa­bila diberi peluang merasai sendiri kehebatan bahan api berprestasi tinggi Petron Turbo Diesel Euro 5 dengan jarak perjalanan sejauh lebih 500 kilometer.

Program ‘Petron Fuel Happy Trip’ itu membabitkan 30 kenderaan bermula dari Kuala Lumpur menuju Pulau Duyong, Terengganu dengan setiap peserta merasai sendiri pengalaman pemanduan di lebuh raya dan jalan biasa termasuk laluan lasak di Air Terjun Jerang­kang, Pahang.

Ketua Dagangan Runcit Petron Malaysia Refining and Marketing Bhd, Faridah Ali berkata, semua peserta dapat merasai pemanduan selama lebih enam jam di laluan berbukit dan lebuh raya menuju ke Terengganu.

“Malah, peserta dapat merasai kuasa Petron Turbo Diesel Euro 5 di hentian pit terletak di Air Terjun Jerangkang dengan menaiki pacuan empat roda terdiri daripada Mitsubishi Triton, Isuzu D-Max dan Chevrolet Colorado.

“Kami berbangga dengan hasil bahan api premium ini yang diuji hebat dalam program kali ini,” katanya.

Beliau berkata, program itu mengesahkan kehe­batan formula bahan api tambahan premium ‘TriAction Advantage’ yang berjaya meningkat­kan prestasi kenderaan dan kepuasan pemanduan.

“Sejak pelancarannya pada September tahun lalu, kami menerima maklum balas baik daripada pelanggan yang menggunakan bahan api premium ini.

“Petron Turbo Diesel Euro 5 melambangkan komitmen kami dalam menghasilkan produk yang inovatif untuk pelanggan,” katanya.

Menurutnya, bahan api diesel premium yang memenuhi keperluan piawaian sulfur ultra-­rendah itu kini boleh didapati di 70 stesen minyak Petron di seluruh negara.

Terdahulu, Petron Turbo Diesel Euro 5 adalah bahan api termaju direka khas dengan sistem bahan tambahan premium untuk memberi prestasi enjin lebih baik ketika pecutan, penjimatan dan pelepasan gas berbahaya.

Keistimewaan lain ialah­ pembakaran leng­kap untuk kuasa maksimum, penyuntik bahan api lebih bersih, mengurang­kan le­ngah ­ketika penyalaan, pening­katan prestasi permulaan dan perlindungan lebih baik terhadap hakisan enjin.

Petron Turbo Diesel Euro 5 memiliki 10ppm sulfur atau 50 kali lebih rendah berbanding diesel Euro 2M yang memiliki 500ppm.

Kandungan sulfur yang rendah menjadikan kadar pelepasan gas berbahaya berkurangan dan memenuhi spesifikasi ketat Euro 5 peringkat global.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here