DIIZ Industries rintis pasaran Asia dan Timur Tengah

0
57
Advertisement

KUALA LUMPUR: DIIZ Industries Sdn Bhd merancang untuk mengeksport produk penggalak nanoteknologi organik bagi industri pertanian dan akuakultur, Spinox8 ke negara-negara Asia dan Timur Tengah dalam setahun atau dua tahun ini.

Pengarah Urusan Izham Hakimi Hamdi berkata syarikat tersebut sedang berunding dan mencari rakan kongsi di Indonesia, Jordan, Kemboja, Laos dan India bagi pengeksportan Spinox8.

“Kami akan berkembang secara berperingkat-peringkat. Kami juga sedang dalam proses mendaftarkan produk ini di Kesatuan Eropah melalui rakan-rakan kami di sana,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian pengedaran dengan tiga syarikat dari Timur Tengah di sini pada Rabu.

Majlis tandatangan tersebut disaksikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Izham berkata, perjanjian pengedaran tersebut adalah bernilai RM300 juta untuk tempoh lima tahun dan produk itu dijangka memasuki Mesir, Emiriyah Arab Bersatu dan Arab Saudi dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang.

“Kami telah melantik pengedar khas bagi memasarkan produk itu di Mesir, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu.

“Kami tidak sabar-sabar untuk melihat Spinox8 menembusi Timur Tengah, sehingga ia mampu menjadi pemangkin untuk dikembangkan ke dalam pasaran benua Arab dan Afrika,” katanya.

Izham berkata, Penggalak Nanateknologi Organik Spinox8 telah dicipta menggunakan bahan kimia berasaskan organik dan proses-proses yang akan meningkat fotosintesis, serta mampu merangsang pertumbuhan tanaman.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here