Dikecam kerana anjing gigit mati jiran, Choi Siwon tarik diri dari Super Junior

0
23

PELAKON dan anggota Super Junior, Choi Siwon mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama dengan kumpulan itu yang akan membuat kemunculan semula pada awal bulan ini.

Menurut laporan Allkpop, Choi Siwon mengakui keputusan dia menarik diri daripada Super Junior mempunyai kaitan dengan insiden kematian jirannya akibat digigit anjing peliharaan keluarganya.

BACA: Anjing peliharaan gigit jiran hingga meninggal dunia, Siwon mohon maaf

“Sejak kejadian itu saya menerima pelbagai kecaman daripada orang ramai yang mendakwa kematian itu berpunca daripada kecuaiaan keluarga saya.

“Ada juga diantara mereka meminta saya untuk bersara dengan segera daripada dunia hiburan.

“Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama Super Junior kerana tidak mahu perkara lebih teruk terjadi nanti.

“Saya juga dengan ikhlas memohon maaf atas kejadian yang berlaku,” katanya.

Perkara itu disahkan oleh pihak pengurusan Siwon dan mereka memohon maaf kepada semua peminat diatas apa yang berlaku.

Sumber: Allkpop

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here