Diskaun 50% tiket FELDA

0
97
Advertisement



KUANTAN: FELDA United FC menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus harga tiket kepada penonton bagi menyaksikan perlawanan kelab itu dengan PDRM di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Maran, Sabtu ini.

Pengurus skuad The Fighters, Mohd Nasir Embong berkata selepas diskaun, harga baharu tiket untuk tempat duduk terbuka adalah RM5 manakala RM10 bagi berbumbung.

Katanya, keputusan menurunkan harga tiket itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada peminat kelab itu khususnya warga FELDA yang selama ini memberi sokongan.

“Kita percaya dengan tawaran harga tiket RM5 dan RM10 ini, lebih ramai peminat FELDA United akan memenuhi stadium yang boleh memuatkan kira-kira 20,000 orang dalam satu masa.

“Kehadiran mereka amat dinantikan untuk bersama meraikan kejayaan FELDA United muncul juara Liga Perdana musim ini, sekali gus layak ke Liga Super musim depan.

“Majlis meraikan kejayaan itu akan diadakan selepas berakhir perlawanan dengan PDRM dan peminat The Fighters boleh bersama meraikannya bersama jurulatih dan pemain,” katanya.

Sambutan meraikan kejayaan FELDA United itu dijangka turut disertai Pengarah Besar FELDA, Datuk Ab Ghani Mohd Ali.

Selasa lalu, skuad The Fighters dinobatkan juara Liga Perdana selepas menewaskan Sarawak 3-1 walaupun saingan liga masih berbaki dua perlawanan.

Skuad bimbingan B Sathianathan itu hanya memerlukan semusim saja untuk kembali ke Liga Super.

Musim ini, FELDA United beraksi di Liga Perdana berikutan kegagalan melengkapkan dokumen membabitkan penyata kewangan pasukan sekali gus tidak diberi lesen untuk bertanding dalam Liga Super.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here