Ditawar filem Indonesia: "Raffi Ahmad DM saya di Instagram" – Zizan Razak

0
44
Advertisement

DIAM DIAM ubi berisi! Pelakon, pelawak dan pengacara popular Zizan Razak mendedahkan dia menerima lamaran berlakon filem di Indonesia di bawah produksi Raffi Ahmad.

Kata Zizan, dia dihubungi sendiri oleh pelakon terkenal Indonesia itu untuk membintangi naskhah terbaharunya beberapa bulan lalu.

“Dia DM (direct message) saya di Instagram dan memperkenalkan dirinya Raffi Ahmad. Saya terkejut pada mulanya.

“Kemudian dia menawarkan saya untuk berlakon sebuah filem komedi romantik terbitannya sendiri.

“Rugilah kalau saya tolak! Jadi saya terus katakan ya dan sepanjang sebulan saya di Indonesia merupakan pengalaman berharga buat saya,” katanya kepada Astro Gempak.

Filem yang masih dirahsiakan judulnya itu turut dibintangi oleh Cut Meyriska dan Marsha Aruan.

Zizan sebelum ini pernah ditawarkan untuk membintangi filem produksi Indonesia namun terpaksa menolak kerana jadual terlalu padat.

Anugerah MeleTOP Era (AME2018) telah menobatkan Zizan sebagai Artis Lawak MeleTOP mengalahkan Fikry Ibrahim, Kamal Adli, Jep dan Sharifah Sakinah.

AME2018 menyaksikan Zizan sebagai artis yang paling banyak mendapat teralon untuk Top 5 Fesyen MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP, Filem MeleTOP dan Artis Lawak MeleTOP.

Teks oleh: Amri Hassan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here