Ditemui mati dengan leher dijerut, jutawan Kanada dan isteri dipercayai dibunuh

0
40
Advertisement

PENIAGA bertaraf jutawan dari Kanada, Barry Sherman dan isterinya yang ditemui mati dalam kediaman mereka bulan lalu dipercayai dibunuh dengan sengaja.

Sarjan detektif, Susan Gomes berkata keputusan siasatan selama enam minggu mendapati bahawa kematian itu mencurigakan, namun tiada tanda pecah masuk di rumah tersebut. 

Susan bagaimanapun enggan menyatakan motif pembunuhan dan enggan menamakan suspek.

Pengasas pembuat ubat generik Apotex itu dan isterinya ditemui digantung menggunakan tali pinggang dan berada dalam kedudukan separuh duduk di dek kolam pada 15 Disember 2017.

Sehari selepas mayat ditemui, beberapa agensi media memetik pegawai polis yang menyatakan bahawa kematian itu kelihatan seperti kes pembunuhan dan bunuh diri.

Isu tersebut mengecewakan empat anak dewasa pasangan jutawan itu.

Mereka mengupah pasukan penyiasatan dan pakar pathologi swasta untuk menjalankan autopsi kedua ke atas pasangan Shermans.

Keluarga mangsa dalam satu kenyataan berkata hasil siasatan itu konsisten dengan siasatan autopsi yang dijalankan secara bebas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here