Ditemui tidak sedarkan diri, T.O.P dari kumpulan Big Bang kritikal di ICU

0
225
Advertisement



ANGGOTA kumpulan Big Bang, T.O.P dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas ditemui tidak sedarkan diri akibat penggunaan ubat yang berlebihan.
 
Berita itu disahkan oleh agensinya, YG Entertainment dalam satu kenyataan rasmi sebentar tadi.
 
Difahamkan, T.O.P dikejarkan ke hospital pagi tadi dan menerima rawatan di unit kecemasan.
 
T.O.P atau nama sebenarnya Choi Seung Hyun kemudiannya dipindahkan ke ICU pada jam 4 petang dan dilaporkan masih lagi dalam keadaan kritikal.
 
Dalam pada itu, rakannya mendedahkan T.O.P berada dalam keadaan tertekan disebabkan isu penyalahgunaan dadah yang melibatkan dirinya.
 
“Disebabkan isu tersebut, dia berada dalam keadaan yang sangat tertekan dan berada pada tahap tertinggi.
 
“Saya berasa sangat sedih melihat keadaannya dan berharap dia akan sedarkan diri tidak lama lagi,” ujarnya seperti yang dilapor Koreaboo.
 
T.O.P kini menerima rawatan intensif di Pusat Perubatan Universiti Wanita, Leehwa, Mokdong. BACA: DISINGKIRKAN DARIPADA LATIHAN KHIDMAT KETENTERAAN KERANA DADAH, T.O.P MASIH MAMPU TERSENYUM
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here