Dituduh upah pembunuh tembak Roslan Shah, Ifa Raziah buat laporan polis

0
60
Advertisement
ARTIS versatil, Ifa Raziah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul selepas didakwa mengupah pembunuh upahan untuk menembak Roslan Shah.

Ifa ketika ditemui berkata, dia dan suami terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada polis Johor Bahru yang memaklumkan tentang satu laporan polis telah dibuat oleh Roslan terhadapnya.

“Saya ingat kontroversi di antara kami sudah berakhir tetapi nampaknya dia (Roslan) bertindak semakin melampau apabila menuduh saya sebagai penjenayah.

“Dalam laporan Roslan, saya dikatakan mengupah pembunuh upahan untuk menembaknya. Tuduhan itu melampau kerana saya sudah dicop penjenayah!.

“Apa yang dia mahukan daripada saya? Adakah dia cuba untuk menutup periuk nasi saya dengan melakukan pertuduhan sebegini?

“Laporan ini saya buat untuk mempertahankan diri saya daripada kenyataan Roslan yang berniat jahat terhadap saya,” katanya kepada Astro Gempak.

Sementara itu peguam Ifa, Thalia Rohaina berkata, tuduhan dibuat Roslan merupakan sesuatu yang sangat serius kerana telah membuat laporan polis palsu terhadap anak guamnya.

“Buat masa ini anak guam saya tidak ada masalah memberikan kerjasama untuk siasatan.

“Pihak kami juga sedang meneliti untuk mengambil tindakan selanjutnya bagi membersihkan nama anak guam saya,” katanya.

Dalam pada itu, Ifa memberitahu sudah membawa perkara tersebut ke pengetahuan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan Karyawan mengenai perkara tersebut.

“Esok, presiden Seniman dan Karyawan akan berada di IPD sentul bersama saya memberi kenyataan kepada pihak polis.

“Mereka (Seniman dan Karyawan) juga akan menyiasat serta meneliti perkara ini supaya tidak berulang kepada artis lain,” katanya.

Tambah Ifa, pihak polis dari Johor akan datang ke Kuala Lumpur pada hari ini untuk mengambil keterangan daripadanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here