Dividen KWSP: Kenapa dividen Syariah lebih rendah?

0
294
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP) pada Sabtu mengumumkan dua dividen berbeza buat pertama kali dalam sejarahnya.

Ianya merupakan dividen Simpanan Konvensional (6.9 peratus) dan Simpanan Syariah (6.4 peratus).

Bayaran dividen Simpanan Konvensional berjumlah RM44.15 bilion manakala Simpanan Syariah RM3.98 bilion.

Tetapi ramai yang tertanya, mengapa dividen Simpanan Konvensional melebihi Simpanan Syariah?

“Aset Syariah tiada pendedahan kepada sistem perbankan konvensional global seperti bank-bank global dan syarikat insurans global.

“Sektor-sektor inilah yang mencatatkan prestasi memberangsangkan pada 2017,” kata Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan dalam satu sidang media hari ini.

Beliau berkata, ini kerana sebilangan besar bank global tidak mempunyai model kewangan patuh Syariah.

“Banyak susut nilai yang berlaku adalah pada saham patuh Syariah, terutamanya saham syarikat minyak dan gas serta telekomunikasi, khasnya di Bursa Malaysia,” tambahnya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

BACA: Pembayaran dividen tinggi KWSP tiada kaitan pilihan raya – Salleh

BACA: Dividen tertinggi KWSP bukti pelaburan di Amerika Syarikat bijak – Khairul Azwan

BACA: Kadar dividen tinggi KWSP hasil pelaburan, pengurusan baik – Najib

BACA: Ini sebab kenapa dividen KWSP tertinggi sejak 1997

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here