Djokovic akhiri kemarau trofi

0
11



Eastbourne, England: Novak Djokovic meraih kejuaraan pertamanya sejak Januari dengan kemenangan 6-3, 6-4 ke atas Gael Monfils pada final Eastbourne kelmarin, manakala Karolina Pliskova menjulang kejuaraan wanita selepas menundukkan Caroline Wozniacki.

Djokovic, bermain seminggu sebelum Wimbledon buat kali pertama sejak 2010, merangkul gelaran karier ke-68, namun hanya kedua tahun ini, selepas mengatasi Monfils buat kali ke-14.

“Sudah agak lama tidak menang dan saya cuba mencari rentak terbaik serta konsisten,” ujar pemain Serbia itu, prestasinya merudum sejak melengkapkan karier Grand Slam pada Terbuka Perancis tahun lalu.

“Saya tidak banyak memenangi kejohanan besar dalam 12 bulan terakhir.

“Tapi saya tak begitu risau kerana inilah cabaran anda perlu hadapi dalam kehidupan. Anda perlu keluar dan berdepan setiap rintangan dan belajar daripada pengalaman untuk cuba meningkat dan lebih bagus lagi.”

Pemain nombor empat dunia itu akan berdepan pemain Slovakia, Martin Klizan pada pusingan pertama Wimbledon, yang mana dia pernah juara tiga kali.

“Ia (kempen Eastbourne) satu pengalaman menakjubkan jadi saya bersedia menghadapi Wimbledon,” jelas Djokovic.

Terdahulu, pilihan ketiga Karolina menumpaskan pilihan keenam dari Denmark, Caroline 6-4, 6-4 bagi mengukuhkan impiannya memburu kejuaraan di Wimbledon. – AFP

SHARE
Previous articleMisi cipta kejutan
Next articleFederer kejar rekod

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here