Djokovic kecam sikap penonton

0
266
Advertisement



NOVAK Djokovic mengecam tindakan penyokong di Centre Court selepas kembali mendapat sentuhan berbisanya untuk menundukkan Kyle Edmund pada pusingan ketiga Wimbledon, hari ini.

Gagal mempamerkan aksi sebenar pada set pembukaan dalam suasana gemuruh yang didorong oleh kemenangan pasukan England di suku akhir Piala Dunia, juara tiga kali itu bagaimanapun berjaya bangkit meraih kemenangan 4-6 6-3 6-2 6-4.

Djokovic mula melepaskan kemarahan ada kalanya terhadap diri, pasukan jurulatih dan peminatnya dan diejek ketika dia diberi amaran pelanggaran masa oleh pengadil ketika mendahului 3-2 di set ketiga.

Pemenang 12 kali Grand Slam itu berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan pelanggaran masa tetapi kecewa terhadap sikap penonton dan mengakui ia adalah yang terburuk pernah disaksikannya di gelanggang yang terkenal.

“Ia adalah suasana biasa di Piala Davis. Saya memang menjangkakan mereka menyokong Kyle, dan ia jelas. Tetapi kadang-kadang mereka tidak adil kepada saya,” kata Djokovic kepada pemberita.

“Saya fikir reaksi orang ramai selepas (pelanggaran masa) adalah tidak perlu. Segelintir daripada mereka, berpura-pura batuk dan bersiul ketika saya memukul bola.

“Perkara seperti ini mungkin tidak kedengaran menerusi siaran televisyen tetapi saya fikir ia tidak perlu dilakukan.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here