DMX mengaku tidak salah elak bayar cukai

0
38


NEW YORK: Penyanyi rap dan aktor Hollywood, DMX, mengaku tidak bersalah bersalah atas tuduhan menyembunyikan jumlah pendapatannya daripada pengetahuan kerajaan bagi mengelak daripada membayar cukai sebanyak AS$1.7 juta (RM7.28 juta).

DMX atau nama sebenarnya, Earl Simmons, 46, kemudiannya dibebaskan dengan bon AS$500,000 (RM2.14 juta) dan bakal dihadapkan semula ke mahkamah pada Isnin ini.

Kelmarin, pihak pendakwa raya Amerika Syarikat, mendedahkan 14 tuduhan yang dikenakan terhadap Simmons kerana menyembunyikan jumlah pendapatan hasil lagu popular nyanyiannya, ‘X Gon’ Give it to Ya’ dan ‘Where the Hood At’.

Jika sabit kesalahan beliau bakal berdepan hukuman penjara selama lima tahun.

Sementara itu, Simmons mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh peminatnya dan memberitahu wartawan bahawa beliau berjaya menghasilkan beberapa lirik baru selepas ditahan pada petang, kelmarin.

Peguamnya, Murray Richman berkata, beliau akan mengemukakan permohonan bagi membolehkan anak guamnya menghadiri siri konsert sepanjang musim panas, termasuk di Philadelphia, Miami dan Houston.

Permohonan itu dibuat berikutan syarat jaminan melarang Simmons dari meninggalkan New York City. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here