Doa Mufti Menk buat Siti Nurhaliza

0
62
Advertisement

UCAPAN selamat dan titipan doa buat penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bakal menyambut kelahiran bayi pertamanya bukan sahaja datang daripada masyarakat Malaysia, malah dari luar negara.

Antara yang tidak ketinggalan mengirimkan ucapan selamat dan tahniah adalah pendakwah terkenal dari Zimbabwe, Ismail Menk atau Mufti Menk.

Siti Nurhaliza sendiri nyata gembira dan terharu apabila personaliti terkenal itu sanggup meluangkan masa mengirimkan rakaman audio ke telefon milik suaminya, Datuk Seri Khalid Muhamad Jiwa.

“Terharu dan dengan rasa rendah diri saya mengucapkan terima kasih di atas ingatan ulama Mufti Menk terhadap saya dan mendoakan proses saya melahirkan nanti dipermudahkan,” tulis Siti yang berkongsi ucapan itu di akaun Instagramnya, sebentar tadi.

Dalam ucapannya, Mufti Menk mendoakan agar Siti diberi kemudahan untuk melahirkan bayi perempuannya kelak, selain turut mendoakan agar puteri yang dinantikan itu akan menjadi penyejuk hati buat Siti dan keluarga.

“Semoga Allah mengurniakan kejayaan dan kerahmatan buat bayi ini dan menggembirakan hati semua yang menyayanginya,” kata Mufti Menk.

Sebelum ini beberapa selebriti serantau, antaranya Kris Dayanti dan Hetty Koes Endang serta jaguh berbasikal negara, Azizul Hasni Awang, turut menitipkan ucapan selamat untuk Siti.

Siti, 39, dijangka melahirkan anak sulungnya itu melalui prosedur pembedahan, dalam masa terdekat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here