'Doakan hubungan kami kekal' – Zara Zya

0
144
Advertisement

PERBEZAAN umur tidak menjadi halangan untuk Zara Zya terus menjalinkan hubungan cinta dengan Hafreez Adam, sejak enam bulan lalu.

Malah, selebriti berusia 33 tahun ini turut menyifatkan Hafreez sebagai seorang lelaki yang matang.

“Saya tak kisah pun pasal ini. Lagipun, jarak usia hanyalah enam tahun.

“Kita juga tak pernah berbincang pasal ini. Saya rasa tak ada masalah kerana dia sangat matang,” katanya pada Sinar Harian.

Malah, pelakon yang mencipta nama menerusi drama bersiri Love You Mr Arrogant ini mengakui hubungan cinta yang terjalin berlaku secara semula jadi.

“Sebenarnya, saya dan dia dah lama kenal. Adalah dalam empat tahun.

“Drama Monalisa adalah job ketiga saya dan dia. Lagi pula, job ini lama, so kami rapat secara tak sengaja.

“Bila shoot drama sekarang. Dia tunjuk minat dia bahkan shoot drama ni pun almost everyday jumpa. Jadi, makin lama makin rapat,” katanya.

Pada masa sama, pelakon drama bersiri Tuan Anas Mikael ini juga menyifatkan Hafreez seorang yang berperibadi baik selain sweet.

“Dia pun jujur mengenai hal ini. Saya mengaku¬† pun sebab dah keluar cerita ini (kisah cinta)¬† daripada mulut dia.

“Doakan agar hubungan yang terjalin ini akan terus berkekalan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here