Doakan kami selamat – Betty

0
228
Advertisement



PELAKON, Betty Benafe, 39, yang kini sedang menunaikan ibadah haji berkongsi pengalaman keadaan ribut pasir yang melanda Tanah Suci Makkah di Instagramnya.

Dalam video berdurasi 31 saat itu, Betty menjelaskan keadaan angin kuat dengan berlatarbelakangkan Kaabah dan jemaah yang berada di dalam Masjidil Haram.

“Ini malam terakhir sebelum ke Arafah esok pagi. Ada ribut debu dan kita dapat lihat, plastik berterbangan,” katanya dalam video itu.

Video dirakamkan oleh rakannya yang juga pelakon, Zahida Rafik itu disertakan dengan kapsyen memohon doa daripada pengikut-pengikut di Instagramnya.

Rakaman dimuat naik enam jam lalu itu menerima hampir 55,000 ‘like’ dan lebih 100 komen daripada pengikut dan rakan-rakan artis.

Antara artis menulis komen dan mendoakan keselamatannya sepanjang menunaikan ibadah haji adalah Datin Paduka Umie Aida, Yasmin Hani, Sharifah Shahirah, Zulin Aziz dan ramai lagi.

Kejadian ribut pasir jarang berlaku ketika musim panas itu juga membadai penempatan jemaah haji yang bersiap sedia untuk wukuf di Padang Arafah lewat petang semalam.

Angin kencang itu turut merosakkan khemah jemaah hingga menyebabkan bekalan elektrik terganggu di seluruh kawasan perkhemahan jemaah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here