Doakan saya, akan pulang tak lama lagi – Siti Aisyah

0
38



Siti Aisyah, wanita Indonesia yang dituduh membunuh warga Korea Utara, Kim Jong-nam menulis surat kepada keluarganya dengan memberitahu mereka agar tidak bimbang.

Seorang pegawai Kedutaan Indonesia membacakan surat tersebut yang diterjemahkan kepada media.

“Mak, abah, saya di sini sihat. Jaga kesihatan dan doakan saya.

“Ramai orang yang membantu saya di sini, kedutaan datang berjumpa dengan saya dan para peguam juga.

“Jangan bimbang, kamu tidak perlu datang. Doakan saya. Kes ini akan berakhir tidak lama lagi dan saya boleh pulang ke rumah.

“Kirimkan salam saya kepada Rio (anaknya),” tulis Siti Aisyah dalam warkah yang diberikannya kepada kedutaan, dua hari lepas.

Beliau yang berusia 25 tahun itu kelihatan bersemangat apabila muncul di mahkamah hari ini dengan sempat melambai tangan kepada para pegawai kedutaan ketika berjalan memasuki mahkamah.

[Baca berita penuh]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here