'Doakan yang terbaik buat saya dan anak-anak' – Ziana Zain

0
329
Advertisement

KUALA LUMPUR: ‘Doakan yang terbaik buat saya dan anak-anak.”

Ini respon ringkas penyanyi Ziana Zain ketika dihubungi Astro AWANI selepas suaminya Armin Zaharin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor hari ini atas tuduhan dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya di sebuah rumah di Denai Alam, dekat sini, jam 4 pagi pada 25 Februari lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Saya tidak mahu memberi apa-apa komen mahu pun sebarang temu ramah memandangkan masih dalam kes mahkamah,” katanya lagi.

Jika sabit kesalahan, Armin yang merupan bekas pramugara kanan syarikat penerbangan nasional itu berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Majistret, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 4 April untuk sebutan semula.

Armin, 53 tahun, ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana membuat laporan polis pada 27 Februari lalu.

Ziana Zain atau nama sebenarnya, Siti Roziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Putus Terpaksa itu bernikah dengan Armin pada 9 Mei 1998.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here