Doggie masih hidup lagi!

0
95



Segamat: Padah bergurau kasar dengan memuat naik di media sosial kononnya membakar anjing peliharaannya, seorang peniaga terpaksa membuat laporan polis, kelmarin bagi membuktikan ia hanya gurauan selepas teruk dikecam netizen.

Tan Chong Meng, 35, dari Labis, di sini, berkata pada jam 12 tengah hari Sabtu lalu dia mendapati kasut yang diletakkan di depan rumahnya koyak dipercayai digigit anjing peliharaannya diberi nama Doggie.

Katanya, bagi menunjukkan kononnya dia marah dengan perbuatan anjing betina berusia tiga tahun itu, Tan mengambil gambar dirinya mengurung haiwan itu di dalam sangkar dan membakarnya serta memuat naik gambar ke laman sosial Facebook.

“Sebenarnya saya tidak menganiaya Doggie seperti yang dilihat dalam gambar kerana langsung tidak mencederakannya apatah lagi membakarnya. Itu gurauan sebab saya mahu lihat apa reaksi orang ramai.

“Tetapi saya silap kerana tidak sampai beberapa minit gambar itu dimuat naik, pengguna Facebook mula mengecam dan menuduh saya kejam terhadap haiwan, malah ada yang melemparkan kata-kata kesat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here