Doktor belum lepaskan VR46

0
74



JUARA dunia sembilan kali Valentino Rossi perlu menjalani ujian kecergasan (FT) selepas mengadu sakit di bahagian perut dan belakang badan menjelang perlumbaan MotoGP di litar Mugello minggu ini.

Pelumba Yamaha digelar ‘The Doctor’ itu perlu membuat ujian itu sebelum dibenarkan berlumba di litar paling hangat dalam kalendar MotoGP malah doktor perubatan menyatakan terdapat pelbagai kemungkinan.

Biarpun penyertaan pelumba VR46 tidak membimbangkan namun tempoh 48 jam terakhir sebelum pertarungan sangat penting.

Rossi terbabas dan tertusuk pendikit minyak di bahagian perut minggu lalu ketika menunggang motocross di Cross Park Cavallara terletak berhampiran kediamannya di Tavullia.

Sebaik sampai di rumah pelumba Itali berusia 38 tahun itu mengambil keputusan pergi ke hospital Rimini untuk membuat pemeriksaan perubatan.

Doktor mengesahkan Rossi mengalami kesakitan bahagian belakang dan trauma di bahagian perut.

Dia bermalam di hospital dan pemeriksaan mendapati kesakitan berpunca daripada masalah pada bahagian hati dan buah pinggang tetapi tiada sebarang komplikasi lanjutan.

Selepas dibenar keluar hospital dia menghabiskan hujung minggu berehat bersama ibunya Stefania di Tavullia dan orang yang rapat dengannya di Akademi VR46.

Keutamaan sekarang adalah sembuh tepat pada masanya sebelum berlumba di Mugello tetapi berkemungkinan tidak berada pada tahap terbaik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here