Doktor maut, 6 cedera kes tembakan di hospital

0
195
Advertisement


ANGGOTA paramedik meninggalkan bangunan selepas seorang bekas pekerja hospital di New York City melepaskan tembakan, sebelum menembak dirinya. – Foto EPA

NEW YORK: Seorang doktor maut, manakala enam lagi cedera selepas seorang bekas pekerja hospital di New York City melepaskan tembakan di dalam bangunan itu semalam, sebelum menembak dirinya.

“Penyerang itu yang memakai kot makmal putih dan bersenjatakan senapang, menyerbu tingkat 16 dan 17 di Hospital Pusat Bronx-Lebanon, pada mulanya cuba membakar diri.

“Polis yang menyerbu bangunan itu mendapati dia mati akibat luka tembakan yang disengajakan,” kata jurucakap hospital.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis, James O’Neill, berkata seorang doktor ditembak mati dalam kejadian itu dan enam lagi cedera, lima daripadanya serius, termasuk seorang yang mengalami luka tembakan di kaki.

“Seorang doktor mati dan beberapa yang lain sedang bertarung nyawa,” kata Datuk Bandar, Bill de Blasio kepada wartawan.

Datuk Bandar menyifatkan kejadian tembakan itu sebagai ‘kejadian terpencil’ yang ada kaitan dengan masalah di tempat kerja.

Pihak berkuasa masih belum mengenal pasti lelaki bersenjata itu dan juga mangsa. – Reuters

ANGGOTA polis berkawal di luar bangunan Hospital Pusat Bronx-Lebanon. – Foto Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here