Doktor pasukan gimnastik mengaku kes pornografi

0
12


LARRY Nassar.

WASHINGTON: Bekas doktor pasukan gimnastik Olimpik Amerika Syarikat yang dituduh mencabul lebih 100 atlet wanita, semalam, mengaku salah atas tiga tuduhan kes pornografi kanak-kanak.

Pengakuan bersalah itu dipercayai mampu mengelakkan beliau daripada berdepan dengan tuduhan lebih berat dalam kes pendakwaan pertama terhadapnya.

Mahkamah Persekutuan Michigan berkata, Larry Nassar, 53, yang bertugas sebagai doktor bagi pasukan gimnastik Amerika Syarikat dari 1996 hingga 2015, bakal berdepan hukuman penjara hingga 20 tahun bagi setiap tuduhan kes pornografi.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dikenakan hukuman tambahan, iaitu penjara selama 60 tahun.

Namun, sebagai pertukaran kepada pengakuan bersalah atas tiga tuduhan terbabit, mahkamah bersetuju untuk menggugurkan tuduhan jenayah mencabul empat atlet, termasuk seorang berusia 11 tahun ketika kejadian.

Ia membabitkan dua insiden ketika Nassar bertugas sebagai doktor pasukan gimnastik. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here