Doktor perlu perlindungan insurans indemniti profesional

0
240
Advertisement



Kuala Lumpur: Setiap pengamal perubatan yang mahu berkhidmat sebagai doktor perlu mendapatkan perlindungan insurans indemniti profesional jika mahu meneruskan pekerjaan itu selepas 2019.

Malah, lebih 41,000 doktor di negara ini juga dikehendaki mengasah kemahiran serta ilmu pengetahuan masing-masing sejajar dengan perkembangan teknologi dunia perubatan semasa yang sentiasa berubah.

Menteri Kesihatan Datuk Dr Subramaniam berkata, dua keperluan itu syarat baru untuk mendapatkan Sijil Amalan Tahunan (APC) yang melayakkan mereka berkhidmat sebagai doktor berikutan penguatkuasaan Akta Perubatan (Pindaan) 2012 dan Peraturan Perubatan 2017 bermula hari ini.

Beliau berkata, insurans indemniti profesional penting bagi melindungi doktor daripada kes tertentu akibat kecuaian profesional sehingga mereka dibawa ke mahkamah atau dikenakan lain-lain tindakan yang akhirnya menyebabkan mereka berasa teraniaya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Julai 2017 @ 7:17 AM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here