Doktor terharu jumpa kaca mata semula

0
152
Advertisement



BANGKOK: Seorang pakar bedah tidak dapat menahan tangisan selepas kaca mata pembedahan berharga 80,000 baht (RM9,899) yang dicuri dikembalikan kepadanya.

Pakar bedah jantung di Hospital Srinargind di Universiti Khon Kean, Dr Thiti Chanmayka, berterima kasih kepada orang ramai yang membantunya, lapor akhbar Bangkok Post.

Ketua polis Muang, Kolonel Chamlong Suwalak, memberikan kaca mata itu kepada Dr Thiti pagi semalam selepas menerimanya daripada pemilik kedai pajak.

Terdahulu, Dr Thiti, merayu pencuri yang memecah masuk ke rumahnya supaya mengembalikan kaca mata itu.

Imej kaca mata yang dicuri dengan mesej kepada pencuri berkenaan menjadi tular selepas pakar bedah itu menyiarkannya.

Di laman Facebook, Dr Thiti menulis: “Kepada semua, Saya Dr Thiti Chanmayka, seorang pakar bedah kardiotorasik di Pusat Jantung Ratu Sirikit, Hospital Sringakarind.

“Pencuri memecah masuk ke rumah saya di perkarangan Universiti Khon Kaen pada 6 Ogos dan melarikan kaca mata pembedahan (seperti ditunjukkan dalam imej). Ia amat penting untuk kerja pembedahan.

“Saya merayu kepada pentadbir dan pengguna Facebook membantu menyebarkan mesej ini supaya mereka yang menemui atau membeli kaca mata itu mengembalikan ia kepada saya.

“Ia dibuat khas untuk saya dan orang lain tidak boleh menggunakannya. Terima kasih.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here