Dokumentasi lewatkan penghantaran pulang pelarian Rohingya: UNHCR

0
11


Seorang gadis pelarian Rohingya membawa seorang anak di Kem Pelarian Kutupalang Makeshift di Cox’s Bazar, Bangladesh. – Foto REUTERS

DHAKA: Hampir 500,000 pelarian Rohingya dari Myanmar yang kini berlindung di Bangladesh dijangka terus tinggal di beberapa kem berkenaan untuk sementara waktu.

Ketua Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), Filippo Grandi, berkata ia berikutan prosedur pengesahan identiti dijangka mengambil masa yang panjang sebelum pelarian itu dihantar pulang ke Myanmar.

Grandi berkata demikian selepas mengunjungi dua kem di Cox’s Bazar di pantai tenggara Bangladesh, yang menempatkan ribuan pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada keganasan di Myanmar.

“Kami sudah menawarkan kepakaran teknikal (kepada Myanmar). Saya fikir ada kemungkinan semua pelarian akan berada di Bangladesh buat sementara waktu,” katanya di sini.

Pada 2015, rancangan Bangladesh untuk memindahkan ribuan pelarian Rohingya ke sebuah pulau terbiar yang terdedah dengan banjir mendapat bantahan dunia.

Bagaimanapun, Grandi pada pertemuan dengan Perdana Menteri, Sheikh Hasina, berkata sebarang usaha penempatan semula perlu dilaksanakan secara sukarela.

Dalam pada itu, Dhaka menganggarkan kira-kira 400,000 pelarian Rohingya berada di negara itu, termasuk hampir 70,000 yang tiba sejak Oktober lalu, susulan insiden keganasan di Rakhine, Myanmar. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here