DON 3: Tiada lagi Priyanka Chopra, Siapa 'awek cun' baharu SRK

0
88
Advertisement

KALAU sebut pasal filem Don ada tiga nama yang melekat dalam fikiran. Malaysia, Shah Rukh Khan, dan Priyanka Chopra.

Dua filem terdahulu menjalani penggambaran di Malaysia. Watak heroinnya juga sama, Priyanka dan watak Don dijayakan cukup cemerlang oleh Shah Rukh.

Namun bagi Don 3 latar belakangnya bukan lagi Malaysia, sebaliknya Dubai dan Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Heroinnya juga bertukar, bukan lagi Priyanka.
Malah seorang lagi bintang Bollywood yang meningkat naik di Hollywood Deepika Padukone yang dikhabarkan bakal menggantikan tempat Priyanka juga sah tidak akan terlibat dalam filem terbitan Farhan Akhtar ini.

Difahamkan watak heroin akan diserahkan kepada pelakon baharu. Siapa orangnya, masih menjadi rahsia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here