'Donald Trump bangang!' Sonam Kapoor berang aktiviti pemburuan gajah dibenarkan

0
45
Advertisement

PELAKON Bollywood, Sonam Kapoor mengutuk Presiden Donald Trump susulan langkah Trump membenarkan ‘trofi’ kemenangan aktiviti pemburuan gajah dan haiwan lain dibawa masuk ke Amerika Syarikat (AS).

Dalam sebuah entri di laman Twitternya, pelakon itu menyatakan bahawa presiden tersebut sebagai imbecile (bangang).

Sonam menyuarakan pendapatnya selepas pengacara terkenal, Ellen DeGeneres memuat naik sebuah entri yang menyatakan: “Presiden secara senyap membenarkan trofi kemenangan aktiviti pemburuan gajah dan haiwan lain dibawa masuk ke AS. Saya menyuarakan perkara ini sekuat mungkin: Ia mengerikan. Kita harus bangkit menyuarakan bantahan untuk menghentikan ini.”
Sonam telah mengulang tweet Ellen dan mengutuk Trump: “Pemburuan adalah haram di India, salah satu perkara yang seluruh dunia boleh belajar dari kami. Trump tidak bijak!”
Perkembangan itu dikhuatiri hanya akan menggalakkan lagi golongan tertentu, khususnya kumpulan pemburu tegar dan elit, untuk melakukan aktiviti pemburuan sewenang-wenangnya dan di mana-mana sahaja.

Ini bukan kali pertama Sonam mengutuk Trump. Sonam memanggil Trump seorang pelawak selepas beliau memberi komen bahawa bintang anugerah Oscar, Meryl Streep seorang pelakon yang terlebih disanjung.

Terdahulu, pentadbiran Trump membenarkan warga ASuntuk membawa gading dan bahagian badan gajah yang lain sebagai ‘trofi pemburuan’ ke negara tersebut.

Keputusan ini diumumkan secara senyap melalui sebuah memorandum pada 1 Mac.

Ini bercanggah dengan sokongan yang disuarakan Presiden Trump November tahun lepas untuk sekatan trofi seumpamanya dalam era Barack Obama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here