Dota 2: AirAsia sah taja Mineski Pro Team

0
110
Advertisement

GENTING HIGHLANDS: Syarikat penerbangan tambah rendah AirAsia umum sebagai penaja salah sebuah pasukan profesional Dota 2 gergasi Asia Tenggara, Mineski Pro Team.

Perkara itu diumumkan dalam satu sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting (GICC), di sini hari ini.

Mineski Pro Team terdiri daripada beberapa pemain profesional tanah air termasuk Chai Yee Fung (Mushi) dan Kam Boon Seng (Nana).

Selebihnya daripada Singapura, Thailand dan Filipina iaitu Daryl Koh Pei Xiang (iceiceice), Anucha Jirawong (Jabz) dan Michael Ross Jr (Ninjaboogie).

Mineski Pro Team kini berada di kedudukan ke-5 dalam Dota Pro Circuit dengan 810 mata kelayakan ke The International 2018.

BERITA LANJUT MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here