Dovizioso ungguli litar Brno

0
81
Advertisement



PELUMBA Ducati dari Itali, Andrea Dovizioso meraikan aksi ke-100 dengan kejayaan satu-dua bersama rakan sepasukan, Jorge Lorenzo sekali gus menjadi kemenangan keduanya musim ini di MotoGP yang berlangsung di Litar Brno malam tadi.

Dovizioso mendahului Lorenzo dengan kelebihan 0.178s sambil pendahulu keseluruhan, Marc Marquez (Honda) di tangga ketiga, ketinggalan 0.368s.

Pelumba veteran Itali, Valentino Rossi (Yamaha) menduduki tangga keempat dengan ketinggalan hampir tiga saat di belakang selepas memulakan perlumbaan di grid kedua.

Dovizioso, 32, memulakan aksi dari petak utama – permulaan terbaik pertamanya sejak 2016.

Di hujung perlumbaan yang berlangsung dalam cuaca panas, Dovizioso memberikan Ducati kemenangan pertama di Brno sejak pelumba Australia, Casey Stoner melakukannya pada 2007.

Sering tidak tersenarai dalam kelompok lima teratas sejak lima edisi lalu di Brno, Dovizioso mempamer aksi membanggakan untuk terus mendahului sejak pusingan pertama.

Dia cuba di saingi Rossi sebelum pelumba veteran Itali itu tercicir dan Dovizioso mengekalkan rentak walaupun sesekali dicabar Lorenzo dan Marquez.

“Saya tidak menyangka dapat berlumba dengan pantas hari ini,” kata Dovizioso yang turut memenangi aksi di Qatar sebelum ini.

“Saya gembira buat semua anggota pasukan kami.”

Kedudukan Marquez di tangga ketiga bermakna dia masih mengetuai senarai keseluruhan dengan 181 mata, memiliki kelebihan 49 mata di depan Rossi dan Dovizioso (68).

“Ia sesuatu yang bagus,” kata Marquez. “Saya perlu menamatkan semua perlumbaan selepas sini. Ia akan memastikan kemenangan.”

Dia menambah: “Hari ini saya tidak kecewa, saya masih boleh mengekori Dovey … cuma saya perlu berentap dengan pasangan Ducati ini. Gandingan mereka sangat mantap.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here